Cara membuat tuntutan insurans motor
LANGKAH PERTAMA :
1. Laporkan kepada pihak polis tentang kehilangan kenderaan dengan segera.
(Dalam Masa 24jam)
2. Dapatkan borang Tuntutan Insuran dari syarikat insuran yang berkenaan.
3. Lengkapkan borang Tuntutan Insuran.
4. Sertakan dokumen seperti berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Lesen Memandu yang sah
iii. Salinan asal Cukai Jalan (Jika ada)
iv. Salinan asal Laporan Polis
v. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Jika telah diambil)
vi. Salinan Nota Perlindungan Insuran
vii. Salinan Perjanjian Sewa Beli Kenderaan
LANGKAH KEDUA
1. Serahkan dokumen seperti di atas (perkara 3 & 4) ke AEON.
2. Dapatkan baki terkini akaun pinjaman anda.
3. Mengemaskini butiran diri
i. Alamat Terkini
ii. No.Telefon terkini,(Telefon Bimbit, Rumah & Pejabat)
1. Meneruskan pembayaran bulanan pinjaman seperti yang ditetapkan.
2. Sentiasa merujuk pihak insuran untuk mengetahui status tuntutan
(sekurang-kurangnya sebulan sekali).
PENTING
: Sila pastikan telefon bimbit anda dapat dihubungi oleh pihak AEON
dan Syarikat Insuran untuk sebarang maklumat terkini.
SEBAB-SEBAB TUNTUTAN ANDA DITOLAK
1. Tiada Lesen Memandu yang sah
2. Cukai Jalan tamat tempoh
3. Polisi Insuran tamat tempoh
4. Polisi Insuran yang tidak berkaitan
5. Kelewatan melaporkan kepada pihak insuran
6. Tiada laporan polis
No comments:
Post a Comment