Idemniti




Prinsip indemniti





Prinsip indemniti penting dalam insurans. Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.





'Betterment' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:



Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada




Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan tersebut dengan Unit Aduan syarikat insurans berkenaan.
• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara

percuma . Anda boleh merujuk kepada pegawai di Unit Aduan syarikat insurans yang berkaitan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.

• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan kepada FMB, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans. FMB mengendalikan pertikaian antara pihak menuntut dengan syarikat insuransnya sendiri atau syarikat insurans pihak ketiga.



• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara
Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk insurans dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk di mahkamah.
o Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-
o RM200,000 bagi polisi insurans motor dan kebakaran.

o RM100,000 bagi polisi insurans yang lain.

o RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga.







No comments:

Post a Comment